Salam,
Ntah kenapa hari ini saya lebih suka bermain dengan peralatan gambar, semalam saya merangkak jauh dari satu laman ke satu laman. Lalu dalam rasa seronok menyelongkar segala isi perut setiap laman, Saya terjumpa sesuatu yang mungkin menarik minat anda, sebenarnya anda boleh jumpa cara yang sama di halaman-halaman yang lain, tetapi seperti apa yang telah saya katakan pada post saya yang sebelumnya, apa yang saya pelajari saya kongsikan dan saya olahkan mengikut bahasa melayu. Ini kerana bagi saya, ada sesetengah individu kurang fasih mengunakan bahasa asing, jadi disini saya terjemahkan mengikut cara saya dan bahasa saya. Dan ini amat menyenangkan hati saya, begitu juga bahasa yang saya gunakan, sebolehnya saya inginkan setiap posting saya mesra dengan Translator Gadget yang saya pasangkan dalam laman saya ini. Saya mahukan keadilan bagi setiap pelawat atau pengunjung laman saya. Dan harapan saya anda bergembira.
Nah, Apa yang saya ingin kongsikan kali ini mengenai gambar yang mana sejenis alat yang dipasang dapat membesarkan gambar yang anda muat naik kedalam laman anda dapat dibesar seperti kanta pembesar. (ZOOM).
Pada mula saya membaca tajuk utama, agak sukar bagi saya meneka bagaimana ianya berfungsi. Lalu saya